Monday, August 3, 2009

pengetahuan am 030809

hehe aku dpt info ini drp intan 030809

saje je letak dlm blog ok

Pengetahuan AM -

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan
menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika
kita men´gencing´ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang
itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap
daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding
jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua
mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika
diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas
1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran
memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000
jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember
1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu
berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil
mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya.
Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika
dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau
Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi
kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar
menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah
Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh
budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air.
Walaubagaimanapun. .seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan
kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak
iaitu sindrom `masuk air´.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada
bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula
bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam
bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa
Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L, M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga,
didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf
dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang
berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous
dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa
bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil
Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang
kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti
bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang
lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung
bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom
Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian??
Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah
Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan
kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat.
Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih
ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding
alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta,
kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan
orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan
bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu
membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan
Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan
Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk
menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling
selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api
dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal
terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang
menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan
hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian
disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China,
cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan
ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis
tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan
populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos
laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala
dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa
henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari
Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak
boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita
cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung
itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan
bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km
kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari
singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang
yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem
Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia
hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak
berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan
kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

No comments:

Post a Comment