Thursday, July 23, 2009

draf awal kaedah penyelidikan 1 240709

1. Nama : Fazlie B Mohd Kamaruzaman No Pend: P52376

Tajuk kajian

Kesedian guru-guru sekolah rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru sekolah rendah di Selangor rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari di. Responden kajian ini terdiri daripada ____ orang guru di ____ buah sekolah rendah di zon Cheras di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini meninjau beberapa aspek iaitu mengkaji kesediaan guru dari aspek bidang pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar, mengkaji kesediaan guru dari aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali mengkaji tahap kemahiran ICT guru sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha menjayakan program sekolah bestari. Dalam aspek pengkhususan guru mata pelajaran utama yang diajar; jenis subjek dan bilangan kelas yang diajar akan diungkap. Dalam aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pula; elemen-elemen seperti bilangan waktu guru mengintegrasikan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dalam proses P&P bagi tempoh sebulan, penggunaan portal sistem atau portal pengurusan isi kandungan pembelajaran, kekerapan guru menggunakan kandungan berkaitan pendidikan dari rancangan TV/ Web TV untu P&P sebulan, kekerapan.guru menggunakan peralatan atau bahan teknologi pendidikan lain selain dari komputer dan TV, jangka masa guru mencari maklumat atau bahan dari internet untuk P&P dan kekerapan guru menggunakan bahan berasaskan ICT untuk membina bahan pengajaran akan dinilai. Dalam aspek modal insan pula; kemahiran guru menggunakan komputer, kemahiran guru mengintegrasikan peralatan ICT untuk digunakan dalam P&P, kemahiran guru mengintegrasikan sistem pengurusan bahan pembelajaran untuk digunakan dalam P&P, kemahiran guru mengintegrasikan bahan-bahan kandungan berasaskan ICT, kemahiran guru menggunakan Internet untuk mendapatkan bahan P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk pengurusan P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk membina bahan P&P, kemahiran guru menggunakan aplikasi perisian, kemahiran guru menggunakan emel dan juga kemahiran ICT tambahan yang ada pada guru akan dinilai.

Objektif kajian

1. Meneroka kesediaan guru dari aspek bidang pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar.
2. Mengkaji kesediaan guru dari aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengkaji tahap kemahiran ICT guru sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha menjayakan program sekolah bestari.


Soalan Kajian

1. Adakah guru mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar?
2. Sejauh manakah guru mempunyai kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Sejauh manakah guru mempunyai kemahiran ICT sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?

Pernyataan masalah

Perlaksanaan sistem sekolah bestari yang dijalankan di sekolah-sekolah zon Cheras sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan juga kesediaan dari pihak guru-guru yang terlibat dengannya. Murid-murid perlukan bimbingan dan tujuk ajar daripada pihak guru sebagai pengantara untuk membudayakan kemahiran ICT di sekolah bestari. Ini adalah penting bagi memastikan objektif perlaksanaan sekolah bestari tercapai. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan meninjau sejauh manakah kesediaan guru -guru sekolah rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari.

Tujuan kajian


Bagi guru-guru yang terlibat, kemahiran ICT amat penting sebagai medium utama dalam perlaksanaan sekolah bestari. Ini kerana mereka perlulah mempersiapkan kemahiran-kemahiran diri sendiri sebelum mereka membimbing murid-murid untuk membudayakan ICT khasnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari.

No comments:

Post a Comment