Tuesday, July 28, 2009

draf kedua bab 1 aku

1. Nama : Fazlie B Mohd Kamaruzaman No Pend: P52376

Tajuk kajian

Kesedian guru-guru sekolah rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru sekolah rendah di Selangor rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari di. Responden kajian ini terdiri daripada ____ orang guru di ____ buah sekolah rendah di zon Cheras di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini meninjau beberapa aspek iaitu mengkaji kesediaan guru dari aspek bidang pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar, mengkaji kesediaan guru dari aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali mengkaji tahap kemahiran ICT guru sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha menjayakan program sekolah bestari. Dalam aspek pengkhususan guru mata pelajaran utama yang diajar; jenis subjek dan bilangan kelas yang diajar akan diungkap. Dalam aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pula; elemen-elemen seperti bilangan waktu guru mengintegrasikan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dalam proses P&P bagi tempoh sebulan, penggunaan portal sistem atau portal pengurusan isi kandungan pembelajaran, kekerapan guru menggunakan kandungan berkaitan pendidikan dari rancangan TV/ Web TV untu P&P sebulan, kekerapan.guru menggunakan peralatan atau bahan teknologi pendidikan lain selain dari komputer dan TV, jangka masa guru mencari maklumat atau bahan dari internet untuk P&P dan kekerapan guru menggunakan bahan berasaskan ICT untuk membina bahan pengajaran akan dinilai. Dalam aspek modal insan pula; kemahiran guru menggunakan komputer, kemahiran guru mengintegrasikan peralatan ICT untuk digunakan dalam P&P, kemahiran guru mengintegrasikan sistem pengurusan bahan pembelajaran untuk digunakan dalam P&P, kemahiran guru mengintegrasikan bahan-bahan kandungan berasaskan ICT, kemahiran guru menggunakan Internet untuk mendapatkan bahan P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk pengurusan P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk P&P, kemahiran guru menggunakan peralatan ICT untuk membina bahan P&P, kemahiran guru menggunakan aplikasi perisian, kemahiran guru menggunakan emel dan juga kemahiran ICT tambahan yang ada pada guru akan dinilai.

Objektif kajian

1. Meneroka kesediaan guru dari aspek bidang pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar.
2. Mengkaji kesediaan guru dari aspek kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengkaji tahap kemahiran ICT guru sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai usaha menjayakan program sekolah bestari.


Soalan Kajian

1. Adakah guru mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran utama yang diajar?
2. Sejauh manakah guru mempunyai kemahiran penggunaan ICT yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Sejauh manakah guru mempunyai kemahiran ICT sebagai modal insan yang berkebolehan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?

Pernyataan masalah

Perlaksanaan sistem sekolah bestari yang dijalankan di sekolah-sekolah zon Cheras sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan juga kesediaan dari pihak guru-guru yang terlibat dengannya. Murid-murid perlukan bimbingan dan tujuk ajar daripada pihak guru sebagai pengantara untuk membudayakan kemahiran ICT di sekolah bestari. Ini adalah penting bagi memastikan objektif perlaksanaan sekolah bestari tercapai.

Pelbagai aspek perlu diambil kira di pihak guru. Antaranya ialah dengan mengenalpasti satu mata pelajaran utama yang diajar oleh guru. Terdapat sebanyak 6 subjek yang diambil kira dalam kajian perlaksanaan sekolah bestari di sekolah rendah. Subjek-subjek yang dikaji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral dan Sejarah. Bilangan kelas yang diajar dan jumlah waktu mengajar dalam seminggu bagi setiap guru yang berkenaan juga akan dinilai.

Aspek kedua yang perlu dilihat bagi meninjau tahap kesediaan guru-guru sekolah rendah dari aspek kemahiran ICT ialah memantau penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru akan dinilai sejauh manakah mereka dapat mengintegrasikan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran, mengintegrasikan perisian aplikasi lain untuk mengoptimumkan P&P, menggunakan kemudahan komunikasi elektronik dan sejauh manakah guru-buru boleh mengintegrasikan bahan-bahan P&P yang dimuat turun daripada internet.

Mereka juga akan dikenal pasti sama ada menggunakan sistem pengurusan sistem kandungan mata pelajaran, jikalau ya guru-guru juga akan dipantau mengenai penggunaan sistem atau portal pengurusan isi kandungan pembelajaran sama ada yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau portal lain dan juga mengenal pasti jangkamasa dalam minit mereka menggunakan sistem pengurusan isi kandungan pembelajaran untuk pembinaan dan penyelenggaraan bahan P&P dalam sebulan. Rekod guru mengenai pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran , ujian dan rancangan mengajar, memberi tugasan pada murid dan lain-lain juga akan direkod. Kekerapan guru menggunakan kandungan berkaitan pendidikan dari rancangan TV / Web TV untuk P&P juga direkod. Di samping itu juga, dalam aspek peralatan; guru-guru akan dipantau kekerapan mereka menggunakan peralatan atau bahan teknologi pendidikan lain selain dari komputer dan TV, sebagai contohnya; OHP, slide projector, interactive white board, radio, visualiser dalam pengajaran dan pembelajaran sebulan. Kita juga akan menilai sejauh manakah jangkamasa guru-guru mencari maklumat atau bahan dari internet untuk P&P sama ada dalam dan luar waktu persekolahan juga untuk tempoh sebulan. Akhir sekali , guru-guru juga akan dipantau kadar kekerapan mereka menggunakan bahan berasaskan ICT untuk membina bahan pengajaran sama ada sekali dalam seminggu, sekali dalam dua minggu, sekali dalam tiga minggu, sekali sebulan atau sekali dalam dua bulan.

Aspek ketiga yang akan dikaji ialah melihat sejauh manakah tahap kemahiran ICT guru untuk perlaksanaan sekolah bestari sebagai modal insan yang amat penting. Setiap kemahiran ICT yang perlu direkodkan akan dibahagikan kepada 5 tahap. Tahap 1 mewakili tahap kemahiran ICT guru yang terendah manakala tahap 5 pula mewakili tahap kemahiran ICT guru yang tertinggi.

Kemahiran ICT pertama yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan komputer. Bagi tahap1, guru seharusnya boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer dengan betul. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka komputer dan menggunakan sekurang-kurangnya aplikasi MS-Office, seperti Words dan PowerPoint. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru mampu membimbing pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 3 aplikasi MS-Words, PowerPoint dan Excel dll. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai kemahiran tahap 1, 2, 3 dan mahir dalam penyelenggaraan komputer dengan betul, scandisk, menggunakan anti-virus dan defragmentation. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran dalam tahap 4 dan mampu menyelesaikan masalah sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantuan luar.

Kemahiran ICT kedua yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran mengintegrasikan peralatan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunakannya dalam P&P. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; Boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam P&P; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam P&P; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks dan gambar, serta menyimpankannya.

Kemahiran ICT ketiga yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran mengintegrasikan sistem pengurusan bahan pembelajaran untuk digunakan dalam P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh tahu adanya Sistem pengurusan bahan pengajaran untuk digunakan dalam P&P. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh tahu memilih modul Sistem Pengurusan Sekolah atau modul lain yang sesuai untuk P&P dan pengurusan kelas. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh menggunakan sekurang-kurangnya 2 modul Sistem Pengurusan Sekolah atau modul lain yang sesuai untuk P&P dan pengurusan kelas. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk menggunakan sekurang-kurangnya 3 Sistem Pengurusan Sekolah atau modul lain yang dibekalkan di sekolah untuk P&P dan pengurusan kelas. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran menggunakan 4 atau lebih modul Sistem Pengurusan Sekolah atau modul lain yang dibekalkan di sekolah untuk P&P dan pengurusan kelas.

Kemahiran ICT keempat yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran mengintegrasikan bahan-bahan kandungan berasaskan ICT (e-bahan, internet, perisian kursus dan lain-lain) untuk digunakan dalam P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh tahu adanya perisian kursus seperti PPSMI, smart school dan CDRI dalam P&P. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh tahu memilih perisian kursus seperti PPSMI, smart school dan CDRI dalam P&P. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh tahu memilih dan menggunakan perisian kursus seperti PPSMI, smart school dan CDRI dalam P&P bagi mencapai objektif pengajaran. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh menggabungkan perisian kursus seperti PPSMI, smart school dan CDRI dan membina bahan P&P sendiri bagi mencapai objektif pengajaran. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh menggabungkan perisian kursus seperti PPSMI, smart school dan CDRI dan membina bahan P&P sendiri serta menggunakan Internet bagi mencapai objektif pengajaran.

Kemahiran ICT kelima yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan internet untuk mendapatkan bahan P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka internet. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka Internet dan cari maklumat menggunakan www search engine (internet explorer, Netscape Navigator dll). Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka Internet dan cari maklumat menggunakan www search engine (internet explorer, Netscape Navigator dll) dan mendapat bahan mengenai pengurusan.. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh membuka Internet dan cari maklumat menggunakan www search engine (Internet Explorer, Netscape Navigator dll) dan mendapat bahan mengenai pengurusan dan mencetak. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh membuka Internet dan cari maklumat menggunakan www search engine (Internet Explorer, Netscape Navigator dll) dan mendapat bahan mengenai pengurusan, mncetak dan menyimpannya.

Kemahiran ICT keenam yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT seperti komputer, LCD, pengimbas, pencetak dan lain-lain untuk pengurusan P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam pengurusan. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam pengurusan; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks.. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam pengurusan; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks dan gambar, serta menyimpankannya.
.
Kemahiran ICT ketujuh yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT (komputer, LCD, scanner, printer, dll) untuk P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memassang LCD kepada komputer. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam P&P. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh membuka komputer, menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam P&P; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh membuka komputer dan menaip teks, mencetak dan menutup komputer; boleh memasang LCD kepada komputer dan menggunanya dalam P&P; boleh mengguna scanner dan mengimbas teks dan gambar, serta menyimpankannya.

Kemahiran ICT kelapan yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT (komputer, LCD, scanner, printer, dll) untuk membina bahan P&P. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka komputer dan menaip teks untuk membina bahan P&P. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka komputer; menaip teks, menggunakan printer untuk mencetak untuk membina bahan P&P. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka komputer, menaip teks, menggunakan printer untuk mencetak dan menggunakan scanner untuk mengimbas grafik dan gambar untuk membina bahan P&P. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh membuka komputer, menaip teks, menggunakan printer untuk mencetak, menggunakan scanner, mengambil gambar menggunakan kamera digital dan mengguna LCD untuk membina bahan P&P, dan menyimpannyadalam pendrive untuk P&P. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh membuka komputer, menaip teks, menggunakan printer untuk mencetak, menggunakan scanner dan LCD, mampu memindahkan gambar/grafik dari kamera kepada komputer untuk membina bahan P&P, menyimpannya dalam pendrive, dalam CD untuk P&P.

Kemahiran ICT kesembilan yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan perisian aplikasi (Microsoft Office: Word, Excel, Powerpoint dll. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh gunakan MSWord untuk pengurusan dan P&P. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh gunakan MSWord dan grafik dalam MSWord untuk pengurusan dan P&P. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh gunakan MSWord dan Powerpoint untuk pengurusan dan P&P. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh gunakan MSWord dan Powerpoint dan animasi untuk pengurusan dan P&P. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh gunakan MSWord dan Powerpoint dan animasi dan MSExcell dll untuk pengurusan dan P&P.

Kemahiran ICT kesepuluh yang perlu dikuasai oleh guru ialah kemahiran menggunakan emel. Bagi tahap 1, guru seharusnya boleh membuka emel. Bagi tahap 2 pula, guru harus boleh membuka emel, mengarang dan menghantar emel. Kemahiran pada tahap 3 ialah guru boleh membuka emel, mengarang dan menghantar emel dan menjawab emel bersama lampiran. Tahap 4 pula mengkehendaki guru menguasai untuk boleh membuka emel, mengarang dan menghantar emel dan menjawab emel bersama lampiran dan membina senarai alamat emel. Tahap tertinggi ialah 5 di mana guru harus ada kemahiran boleh membuka emel, mengarang, menghantar emel, menjawab emel bersama lampiran, membina senarai alamat emel dan menghantar emel kepada senarai kumpulan.

Pada akhir kajian, kita akan merekod kemahiran ICT tambahan guru seperti merekabentuk laman web, kemahiran menyelenggara peralatan ICT dan kemahiran menggunakan ICT untuk pembelajaran kolaborasi dalam talian. (Collaborative Online Learning). Tidak lupa juga latihan berkaitan ICT yag pernah dihadiri oleh guru dalam 3 tahun kebelakangan dicatatkan dan direkodkan.


Sehubungan dengan itu, kajian ini akan meninjau sejauh manakah kesediaan guru -guru sekolah rendah dari aspek kemahiran ICT untuk menjayakan program sekolah bestari.

Tujuan kajian


Bagi guru-guru yang terlibat, kemahiran ICT amat penting sebagai medium utama dalam perlaksanaan sekolah bestari. Ini kerana mereka perlulah mempersiapkan kemahiran-kemahiran diri sendiri sebelum mereka membimbing murid-murid untuk membudayakan ICT khasnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari.

Pernyataan masalah kajian

No comments:

Post a Comment