Thursday, July 23, 2009

ni yang betul punya jawapan pa1 240709

ok check balik nilah jawapan yang sebenar-benarnya

1. Nama : Fazlie B Mohd Kamaruzaman No Pend: P52376

2. Nama : _______________________________ No Pend: __________

3. Nama : _______________________________ No Pend: __________

4. Nama : _______________________________ No Pend: __________

5. Nama : _______________________________ No Pend: __________

6. Nama : _______________________________ No Pend: __________

Tugasan 1

Baca dan fahami abstrak di atas, kemudian tulis tajuk yang tepat dan sesuai dngan abstrak tersebut.

Tajuk : Kesediaan guru-guru Sekolah Rendah melaksanakan perubahan Bahasa Penghantar mata pelajaran Sanis dan Matematik.

Tugasan 2

Nyatakan objektif kajian di atas

Objektif kajian:

  1. Meneroka kesediaan guru dari aspek kelulusan dan latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  2. Mengkaji kesedaran guru dari aspek kecekapan berbahasa Inggeris bagi melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik.
  3. Mengkaji kesediaan guru dari aspek kemahiran menggunakan komputer dan prasarana ICT serta latihan berkaitan yang dihadiri.
  4. Meneliti kesediaan sekolah dari aspek prasarana ICT untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
  5. Menentukan perbezaan antara kesedaran guru yang mempunyai latihan dengan guru yang tidak mempunyai latihan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Tugasan 3

Bina soalan-soalan kajian yang tepat dan sesuai dengan kajian yang dihuraikan

Soalan kajian :

  1. Adakah guru mempunyai kelulusan dan latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk melaksanakan pengajaran Sanis dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  2. Sejauh manakah guru mempunyai kecekapan berbahasa Inggeris bagi melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahas Inggeris?
  3. Sejauh manakah guru mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan prasarana ICT untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  4. Adakah sekolah mempunyai prasarana yang mencukupi untuk melaksanakan pengajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  5. Adakah terdapat perbezaan kesedaran guru yang mempunyai pengetahuan melalui latihan dengan guru yang tidak mempunyai latihan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

Tugasan 4

Baca dan fahami Jadual 1 di bawah, dan kemudian pilih ayat yang tepat dan sesuai bagi menyatakan dan mentafsirkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut

Jadual 1 menunjukkan maklumat latar profesionalisme responden. Daripada Jadual 1 ternyata bahawa kebanyakan responden mendapat gred yang baik dalam Bahasa Melayu; 20.0% mendapat gred yang cemerlang (A1 dan A2) dan 80.0% mendapat gred kepujian (C3 hingga C6). Sebaliknya pencapaian dalam Bahasa Inggeris rendah. Kebanyakan guru (40.8%) mencapai gred lulus (P7 dan P8) dan 32.0% mencapai gagal (F9). Hanya 0.8% mendapat .............................

Sementara 44.4% lagi memperoleh gred lulus (P7 dan P8) dan gagal (F9). Tegasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru mempunyai gred mata pelajaran Sains dan Matematik yang mencukupi sebagai asa kepada kelayakan ikhtisas dan pengkhususan berkaitan semasa di maktab perguruan. Namun demikian, peratus guru mencapai gred lemah dan gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM agak tinggi.

Habis….


No comments:

Post a Comment