Monday, July 13, 2009

struktur kursus penyelidikan pendidikan komputer

FAKULTI PENDIDIKAN

STRUKTUR KURSUS

SEMESTER I SESI 2009/2010
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN
KURSUS :
TAJUK KURSUS: GGGE 6953 PENILAIAN PENDIDIKAN KOMPUTER
PENYELARAS : DR SITI FATIMAH MOHD YASSIN

KOD KURSUS : GGGE6953
NAMA KURSUS : PENILAIAN PENDIDIKAN KOMPUTER
COMPUTER EDUCATION EVALUATION
SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar dalam mengaplikasikan pentaksiran, pengukuran dan penilaian untuk pendidikan komputer. Kursus ini akan membincangkan isu-isu dan kepentingan penilaian pendidikan komputer. Kursus ini juga akan memfokuskan kepada proses pembinaan dan penggunaan instrumen untuk pengujian, pentaksiran portfolio dan rubrik penskoran yang khusus untuk pengajaran dan pembelajaran komputer. Pengujian berasaskan komputer dan portfolio elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran komputer juga diperkenalkan kepada pelajar. Penilaian kursus komputer dan program-program pendidikan komputer di sekolah dan institusi pengajian yang lain juga dibincangkan.

This course aims to give knowledge, skills and experience in the application of assessment, measurement and evaluation in computer education. Discussions will be held on issues and the importance of evaluation of computer education. This course also focuses on the process of development and utilization of instrument for testing, portfolio assessment and scoring rubric for teaching and learning computer. Computer-based testing and electronic portfolio for teaching and learning computer will be exposed to the students. Evaluation of computer training and computer education programs in school and other institution of learning will be examined.

PRA SYARAT KURSUS: TIADA
BACAAN ASAS:
Hricko, M. & Howell, S. L. 2005. Online Assessment And Measurement: Foundations And Challenges. London : Information Science Publishing
Kirkpatrick, D.L. & Kirkpatrick, J. D. 2006. Evaluating Training Programs: The Four Levels. California : Berrett-Koehler Publishers
Michelson, E., Mandell, A. & Contributors. 2004. Portfolio Development and the Assessment of Prior Learning: Perspectives, Models and Practices. London: Routledge-Falmer.
Stevens, D. D. & Levi, A. J. 2004. Introduction To Rubrics: An Assessment Tool To Save Grading Time, Convey Effective Feedback and Promote Student Learning. Stylus Publishing.
McMillan, J. H. 2004. Classroom assessment: principles and practice for effective instruction. (3rd ed.) Boston: Pearson & AB

HASILAN PEMBELAJARAN MODUL PENDIDIKAN KOMPUTER

Di akhir pengajian, graduan pascasiswazah yang mengikuti modul Pendidikan Komputer dapat:

HP1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer dan menggunakannya atu mengembangkannya dalam konteks penyelidikan.

HP2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

HP3. Mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer

HP4. Menilai dan membuat keputusan secara saintifik berdasarkan maklumat dan secara bertanggungjawab dari segi sosial dan etika yang berkaitan dengan bidang pendidikan komputer

HP5. Menyebarkan ilmu kepada ahli bidang Pendidikan Komputer dan masyarakat umum secara rasional dan bermakna.

HP6. Mengamalkan kemahiran belajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pendidikan komputer.

HP7. Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyiapkan projek dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Komputer.


No comments:

Post a Comment