Wednesday, July 15, 2009

tugasan penulisan akademik 1 150709

tugasan penulisan akademik 1 150709


1. Fazli Mohd Kamaruzaman P52376

2. Izaidah Amiril P51102

3. Intan Farahana Kamsin P51148

4. Hashim Muda P51192

Tugasan 1

1. Sebelum membincangkan tentang ‘kebudayaan’, perkataan ‘kebudayaan’ itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.

2. Akibat kekurangan pengetahuan agama, banyak belia yang kesesatan.

3. Tugas membentuk disiplin pelajar bukan sahaja merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, malahan menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru

4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu, tidak hairanlah bahasa tersebut banyak digunakan di bandar.

5. Disebabkan dunia pendidikan sedang menuju era globalisasi, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutamanya dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.

6. Pada hari ini, pendidikan dalam dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan teknologi maklumat dan bersifat elektronik.

7. Pendidikan jasmani merupakan satu matapelajaran yang memfokuskan kepada kecergasan fizikal pelajar.

8. Perkara asas dalam konteks pendidikan di Malaysia ialah membentuk anak bangsa, masa depan yang cemerlang, cita-cita luhur dan keunggulan wawasan pendidikan.

Tugasan 2

Tajuk kajian: Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan projector overhead dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Ayat tesis: Kajian ini bertujuan untukmengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan projector overhead dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dari sudut pandangan pelajar di Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka.

Ayat topik 1: Walaupun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan projektor overhead, tumpuan kajian hanya kepada tujuh faKtor utama.

Ayat Topik 2: Faktor-faktor tersebut ialah saiz huruf, bilangan perkataan, jumlah baris tulisan, jarak perkataan, jenis pen, warna tulisan, dan kedudukan skrin, jarak skrin dengan projektor overhead dan posisi guru di bilik darjah.

Tugasan 3: Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu’ bermaksud Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat pengantar ilmu pengetahuan moden. Antaranya ialah ilmu Sains Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, Undang-undang, Sastera dan Agama. Dengan kata lain, Bahasa Melayu harus berfungsi sebagai bahasa akademik yang dilengkapi laras-laras bahasa untuk memperkata pelbagai perkara baru dalam bidang ilmu moden. Misalnya, dalam bidang kejuruteraan, Bahasa Melayu harus mempunyai laras bahasa yang khusus untuk menerangkan tentang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Kimia. Dalam bidang kedoktoran, Bahasa Melayu perlu juga mempunyai laras bahasa untuk memperkata dengan tepat tentang bidang Anatomi, Biokimia, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Perubatan, Obstetrik dan Ginekologi, Optaimologi, Otorhinolaringologi, Parasitologi, Patalogi, Pediatrik, Perubatan Psikologi, Perubatan Kemasyarakatan dan Surgeri. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras Sains Sosial dan Kemanusiaan seperti laras Kesusasteraan, laras Sejarah, laras Seni Ukir, laras Sains Rumah Tangga, dan sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1989: 6). Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkap konsep serta pemikiran kompleks atau abstrak. Misalnya, apabila memperkata konsep ekonomi, maka Bahasa Melayu perlulah mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup serta sesuai. Hal ini bertujuan untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, serta pengurusan perakaunan dan perangkaan. Maksudnya, kekuatan Bahasa Melayu harus standing dengan kekuatan Bahasa Inggeris dalam memperkata konsep dan fikiran ilmu moden.

Ayat Tesis: Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu’ bermaksud Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat pengantar ilmu pengetahuan moden.

Ayat Topik 1: Dengan kata lain, Bahasa Melayu harus berfungsi sebagai bahasa akademik yang dilengkapi laras-laras bahasa untuk memperkata pelbagai perkara baru dalam bidang ilmu moden.

Ayat Topik 2: Dalam bidang kedoktoran, Bahasa Melayu perlu juga mempunyai laras bahasa untuk memperkata dengan tepat tentang bidang.

Ayat Topik 3: Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Ayat Topik 4: Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkap konsep serta pemikiran kompleks atau abstrak.

No comments:

Post a Comment